Pengenalan


Pengenalan

Islam tidak melarang kontrak insurans secara mutlak. Namun begitu, disebabkan kontrak insurans konvensional melibatkan unsur Gharar (tidak jelas), Maisir (perjudian) dan Riba (faedah), menyebabkan ianya bertentangan dengan hukum Syariah. Inilah sebabnya, sistem Takaful telah dikenalpasti berupaya membendung amalan-amalan yang ditegah oleh Syariah dan ternyata mampu menjaga kebajikan masyarakat keseluruhannya. Ini bagi membolehkan seseorang Muslim mendapat perlindungan alternatif daripada risiko kerugian disebabkan kesusahan yang menimpanya.

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih sistem Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).


Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

• Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.
• Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.


Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.

KEPERLUAN KEPADA PELAN TAKAFUL !

Mengapa saya perlukan pelan ini ??????

~ DALAM KEHIDUPAN SETIAP INSAN, PASTINYA BELIAU AKAN DITIMPA HUJAN ~

    •  Pelan Takaful Keluarga bukan setakat melindungi peserta, tetapi ia memastikan kesejahteraan hidup.
    • Ia membolehkan seseorang untuk mendapatkan perlindungan dan kebebasan pada masa yang sama.

~ Seseorang itu menyertai Pelan Takaful Keluarga bukan kerana beliau akan mati, tetapi untuk memastikan hidup orang yang disayang dapat diteruskan. ~

 ~ Dan orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, ( iaitu ) diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah ( dari rumahnya ). ~
( Surah Al-Baqarah : 240 )
~ Sesungguhnya lebih baik engkau meninggalkan waris-warismu orang yang kaya daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta. ~
( Riwayat Sa’ad Bin Abi Waqqas )
~ Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang ( yang menjadi penjaganya ), jika ditakdirkan mereka meninggalkan anak-anak yang lemah, ( tentulah ) mereka merasa bimbang terhadap ( masa depan dan keselamatan ) anak-anak mereka. Oleh itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar. ~
( Surah Al-Nisa’ : 9 )
  • Konsep Takaful merupakan satu bentuk kerjasama di kalangan para peserta yang telah berjanji untuk membantu diantara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah.
~ Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. ~
( Surah Al-Maidah : 2 )

CIRI – CIRI PELAN TAKAFUL ( Eewana Agency )

    • Berlandaskan Hukum Syarak
    • Berasaskan Konsep Tabarru’
    • Bukan Kontrak Jual Beli
    • Tiada Unsur Gharar
    • Tiada Unsur Perjudian
    • Tiada Unsur Riba

 5 RISIKO DALAM KEHIDUPAN : 

    • KEMALANGAN
    • KEMATIAN
    • HILANG UPAYA KEKAL
    • PENYAKIT KRITIKAL
    • USIA TUA