Friday, February 11, 2011

TAK NAK! TAKAFUL KERANA :


1) Simpanan saya dah mencukupi?

Apakah sebab anda buat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong?
Bagaimana pula sekiranaya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia?
Adakah orang di bawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang?
Tanpa takaful, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda pasti akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan melindungi aset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung oleh pihak takaful. Takaful jugalah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.

2) Takaful mahal?

Pelan Takaful Ikhlas adalah serendah RM 70 sebulan atau lebih kurang RM 2.30 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa?
Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal dunai, anda akan menang banyak ( orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda ). Sekiranya anda masih hidupdi akhir tempoh matang, anda menang sedikit ( masih boleh mendapatkan wang simpanan anda )

3) Saya tidak perlukan Takaful!


Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya, sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya, kemungkinan ia sudah terlambat.
Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan dan perniagaan. Anda sudah melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaj melindungi pendapatan anda, tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan / kehilangupayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas, berjumpalah dengan agen takaful. Rundingan adalah percuma.

4) Tunggu dulu !


Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan takaful. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, semakin bertambah risiko, bermakna kos Takaful juga akan bertambah. Penyertaan pada usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu. Sertailah pelan Takaful sekarang dengan hati yang tenang.

5) Saya tidak percaya agen Takaful !


Agen Takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaian. Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda terus ke pihak Takaful, secara autodebit atau kad kredit. Dengan cara itu, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar ganti.

6) Takaful memberi pulangan yang rendah, rugi !

Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / perlaburan lain yang mampu menandingi Taaful.

7) Saya tidak berminat dengan Takaful


Bukan masalah minat yang patut anda fikirkan. Takaful adalah berkaitan dengan masa depan anda dan keluarga anda. Sekiranya anda merasakan Takaful tidak berkaitan, sebenarnya anda silap. Takaful adalah berkaitan dengan keluarga anda apabila anda tiada lagi. Anggaplah Takaful sebagai hadiah untuk keluarga anda.

8) Saya dah ada Takaful


Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk keperluan kewangan. Baru-baru ini sudahkah anda menyemak keperluan anda dan keluarga anda? Adakah Takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka?

9) Saya masih muda

Usia muda dan sihat adalah waktu sesuai untuk penyertaan Takaful kerana murah dan lebih banyak simpanan akan anda dapat ketika anda usia emas. Muda tidak bermakna anda akan kekal sihat atau tidak meninggal dunia. Kemalangan berlaku tidak mengira usia. Anda tidak dapat menyertai pelan Takaful sekiranya anda didiagnos menghidapi penyakit kritikal pada usia muda.

10) Saya nak tanya isteri atau suami dulu


Anda memang patut berunding dengan suami atau isteri dalam sesetengah perkara, tetapi tdak Takaful. Suami / isteri anda tidak dilatih untuk menilai keperluan takaful keluarga. Mengapa suami / isteri perlu menolak penyertaan anda dalam Takaful? Bukankah sekiranya anda meninggal / sakit, pihak Takaful akan memberi pampasan kepada suami / isteri anda.

11) Saya tidak mampu


Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut menyertai pelan Takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk perlaburan membeli rumah, kereta, atau perbelanjaan lain yang anda rasa tidak mampu?