1) Simpanan saya dah mencukupi?
Apakah sebab anda buat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong?
Bagaimana pula sekiranaya anda diserang penyakit kritikal atau meninggal dunia?
Adakah orang di bawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan
dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda
terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih
malang lagi terpaksa membayar hutang?
Tanpa takaful, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda pasti
akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan
melindungi aset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan
ditanggung oleh pihak takaful. Takaful jugalah yang akan membantu
pengaliran wang ke akaun simpanan anda.
2) Takaful mahal?
Pelan Takaful Ikhlas adalah serendah RM 70 sebulan atau lebih kurang RM
2.30 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan
seseorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful.
Mengapa?
Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal
dunai, anda akan menang banyak ( orang tanggungan anda mendapat wang
yang lebih dari nilai caruman anda ). Sekiranya anda masih hidupdi akhir
tempoh matang, anda menang sedikit ( masih boleh mendapatkan wang
simpanan anda )
3) Saya tidak perlukan Takaful!
Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber
pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya,
sekurang-kurangnya pada masa ini. Sebenarnya anda hanya boleh menyertai
pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda
memerlukannya, kemungkinan ia sudah terlambat.
Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan dan perniagaan. Anda sudah
melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini,
anda memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaj melindungi pendapatan
anda, tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila
ketiadaan / kehilangupayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan
yang jelas, berjumpalah dengan agen takaful. Rundingan adalah percuma.
4) Tunggu dulu !
Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan takaful. Terlalu
lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda.
Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, semakin
bertambah risiko, bermakna kos Takaful juga akan bertambah. Penyertaan
pada usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu. Sertailah pelan
Takaful sekarang dengan hati yang tenang.
5) Saya tidak percaya agen Takaful !
Agen Takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaian.
Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda
terus ke pihak Takaful, secara autodebit atau kad kredit. Dengan cara
itu, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga
adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan
kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar
ganti.
6) Takaful memberi pulangan yang rendah, rugi !
Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda
hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul
memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / perlaburan lain yang mampu
menandingi Taaful.
7) Saya tidak berminat dengan Takaful
Bukan masalah minat yang patut anda fikirkan. Takaful adalah berkaitan
dengan masa depan anda dan keluarga anda. Sekiranya anda merasakan
Takaful tidak berkaitan, sebenarnya anda silap. Takaful adalah berkaitan
dengan keluarga anda apabila anda tiada lagi. Anggaplah Takaful sebagai
hadiah untuk keluarga anda.
8) Saya dah ada Takaful
Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai
perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk
keperluan kewangan. Baru-baru ini sudahkah anda menyemak keperluan anda
dan keluarga anda? Adakah Takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk
melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak
dijangka?
9) Saya masih muda
Usia muda dan sihat adalah waktu sesuai untuk penyertaan Takaful kerana
murah dan lebih banyak simpanan akan anda dapat ketika anda usia emas.
Muda tidak bermakna anda akan kekal sihat atau tidak meninggal dunia.
Kemalangan berlaku tidak mengira usia. Anda tidak dapat menyertai pelan
Takaful sekiranya anda didiagnos menghidapi penyakit kritikal pada usia
muda.
10) Saya nak tanya isteri atau suami dulu
Anda memang patut berunding dengan suami atau isteri dalam sesetengah
perkara, tetapi tdak Takaful. Suami / isteri anda tidak dilatih untuk
menilai keperluan takaful keluarga. Mengapa suami / isteri perlu menolak
penyertaan anda dalam Takaful? Bukankah sekiranya anda meninggal /
sakit, pihak Takaful akan memberi pampasan kepada suami / isteri anda.
11) Saya tidak mampu
Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut
menyertai pelan Takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas
dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan
pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk
perlaburan membeli rumah, kereta, atau perbelanjaan lain yang anda rasa
tidak mampu?
Err...sy yang ke-11 tuh. :(
ReplyDeletenak buat mcm mana kalau dah realitinya tak cukup makan. :(