IHST adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST)
dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense
Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI).
Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan
sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan
murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk
faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah
penyakit kritikal
APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL?
1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan campur amaun
terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama Peserta atau keluarga
terdekat. Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk menggunakan
sebahagian faedah kematian untuk membayar 'Badal Haji' bagi pihak
Peserta.
2. FAEDAH TPD [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh kepada Peserta yang
merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan
campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada Peserta.
3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000 akan dibayar dalam
masa 24 jam (selepas penghantaran borang tuntutan, permit perkuburan
atau sijil kematiankepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga
terdekat.
4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']
RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan menghidapi
penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah dinyatakan di dalam
kontrak Sijil. Pembayaran faedah di bawah faedah ini akan mengurangkan
Jumlah Perlindungan asas.
5. FAEDAH PENAMBAHAN [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi sebagai akaun
simpanan biasa oleh institusi kewangan. Kadar penambahan akan ditentukan
pada permulaan
berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang akan dicapai sehingga tempoh matang
6. FAEDAH TEMPOH MATANG [Faedah Takaful ini tidak dijamin]
Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.
No comments:
Post a Comment