Saturday, March 5, 2011

Khasiat Surah Al-Ikhlas


  • Abu Said Al-Khanafi menerangkan: surah ini dimanakan surah Al'Ikhlas, ertinya bersih atau kemas. maka barangsiapa membacanya & mengamalkannya dengan hati yang ikhlas maka dia akan dilepaskan daripada kesusahan-kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindar dari kegelapan kubur & kengerian Hari Kiamat.
  • Ibnu Syihab Al-Zuhi menerangkan: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, seolah2 dia membaca sepertiga Al-Quran".
  • Riwayat dari Saidina Ali r.a: "Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah sembahyang Subuh, maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk membuat dosa, meskinpun syaitan itu dengan bersungguh2 hendak menggodanya pada hari itu".
  • Saidatina Aisyah r.a menerangkan dari Rasulullah s.a.w: "Sesiapa membaca sesudah selesai sembahyang Jumaat surah Al-Fatihah 7kali, Al-Ikhlas 7kali, surah Al-Falaq 7kali & surah An-Nas 7 kali, maka Allah s.w.t akan melindunginya dari kejahatan sampai ke hari Jumaat yang akan datang."
  • dari Saidina Ali r.a dari Rasulullah s.a.w: "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian hendak meninggalkan rumahnya dia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah s.w.t memelihara rumahnya sampai dia kembali."
  • Saidina Anas r.a menerangkan dari Rasulullah s.a.w: "Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas 30 kali maka Allah s.w.t menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari azab pada hari kiamat."
  • dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah mengatakan: "Sesiapa ada hajat hendaklah berwuduk & sembahyang 4 rakaat dengan sekali salam. Rakaat pertama membaca Al-Fatihah sekali, dan surah Al-Ikhlas 11 kali. Rakaat kedua membaca Al-fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 21 kali. Rakaat ke tiga membaca surah Al-Fatihah sekali, dan surah Al-Ikhlas 30 kali. rakaat keempat membaca Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 41 kali. Apabila sudah memberi salam, baca surah Al-Ikhlas 50 kali, selawat atas nabi 50 kali, istighfar 50 kali, laa haula walaa quwwata illa billaahil aliyyil aziim 50 kali, kemudian minta hajatnya kepada Allah. InsyaAllah, Allah s.w.t akan menunaikan hajatnya.
sumber dari: buku wirid & doa selepas sembahyang - Ismaiza Ismail

selamat beramal.
^_^

No comments:

Post a Comment