Sunday, March 6, 2011

Pelan Ikhlas Haji Simpanan Takaful



Pelan IKHLAS HAJI SIMPANAN TAKAFUL membolehkan semua umat Islam berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. IKHLAS HAJI SIMPANAN TAKAFUL juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji. Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, maka niat untuk mengerjakan haji tersebut akan disempurnakan oleh pengendali badal haji yang dilantik.

Khidmat badal haji ini merupakan penambahan yang terdapat dalam produk IKHLAS HAJI SIMPANAN TAKAFUL yang
merupakan pelan perlindungan beserta pelaburan simpanan yang direka bagi membantu dan memenuhi keperluan mereka yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji. Ianya adalah satu pekej pelan yang menggabungkan pelan-pelan yang sedia ada seperti IKHLAS Saving Takaful, IKHLAS Immediate Death Expenses Takaful Reider dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider.
IKHLAS HAJI SIMPANAN TAKAFUL telah direka bagi membantu perancangan mereka yang ingin menunaikan ibadah haji pada masa hadapan dari segi perkhidmatan takaful perlindungan yang besertakan pelaburan simpanan dengan lebih terjamin.



    No comments:

    Post a Comment