Monday, May 30, 2011

Kaji Selidik HSBC: 68 Peratus Rakyat Malaysia Bimbang Mengenai Persaraan


KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia merupakan perancang kewangan yang paling produktif tetapi 68 peratus daripada mereka masih lagi bimbang yang mereka tidak mampu mengatasi masalah kewangan dalam persaraan, demikian menurut kaji selidik HSBC baru-baru ini.

"Ini menunjukkan yang rakyat Malaysia telah memahami hakikat bahawa mereka perlu merancang awal sementara prospek akan kejadian-kejadian yang tidak diduga kekal menjadi kebimbangan utama," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd, Zainudin Ishak kepada pemberita selepas pelancaran laporan kaji selidik bertajuk "Persaraan Masa Depan: Kuasa Merancang" di sini Isnin.

Kaji selidik itu berdasarkan kepada temubual dengan lebih 17,000 orang di 17 negara.

Beliau berkata laporan itu mengetengahkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara yang kurang bergantung kepada penyelesaian negara untuk membiayai persaraan mereka dan mereka yang lebih muda yang paling berkemungkinan aktif merancang untuk masa depan.

Beliau berkata penuaan, iaitu antara cabaran terbesar abad ke-21, bukan lagi fenomena yang hanya dihadapi oleh negara maju. Menjelang 2050, mereka yang berusia melebihi 65 tahun di Asia akan melebihi tiga kali ganda kepada 900 juta, tambah beliau.

Kaji selidik itu menunjukkan walaupun 69 peratus daripada rakyat Malaysia mengharapkan kebebasan ketika bersara, 24 peratus pula bimbang mengenai kos penjagaan ibu-bapa mereka dalam menghadapi usia tua.



-- BERNAMA

Thursday, May 26, 2011

CEO Takaful Ikhlas Terima Anugerah

LUMPUR, 25 Mei (Bernama)-- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman telah dianugerahi Anugerah Perindustrian Merit bagi sektor insurans oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Sharizat Jalil pada satu majlis baru-baru ini.

Syed Moheeb, yang terlibat di dalam industri insurans dan Takaful selama 36 tahun telah menerajui beberapa syarikat insurans tempatan dan pelbagai negara, kata Takaful Ikhlas dalam satu kenyataan Rabu.

"Anugerah ini adalah hasil kerja keras dan sokongan dari semua pihak dan akan menjadi pemangkin bagi kejayaan kami pada masa depan," katanya.

Takaful Ikhlas adalah anak syarikat MNRB Holdings Berhad, satu syarikat pegangan pelaburan. Syarikat itu kini telah beroperasi selama lapan tahun, sejak Julai 2003.

-- BERNAMA

Saturday, May 21, 2011

Ragu Kesucian Modal


KETIKA institusi kewangan Islam berkembang pesat di seluruh dunia, termasuk Malaysia, wujud beberapa isu yang masih dipertikai masyarakat, yang mana ia perlu diatasi segera oleh ilmuwan Islam (ulama).
Antara isu yang kerap ditimbulkan ialah berkenaan modal permulaan bagi bank Islam dan syarikat Takaful, terutama yang berasal daripada syarikat induk berorientasikan konvensional.

Saya kerap mendengar rungutan orang ramai yang mempersoalkan ‘kesucian’ modal bank Islam dan Takaful untuk permulaan perniagaan Islam.
Maklum balas ringkas yang dapat saya berikan terhadap soalan berkenaan adalah seperti berikut: A. Wang itu sendiri adalah ‘tidak haram’ dalam bentuk fizikalnya tetapi menjadi ‘haram’ disebabkan jalan untuk memperolehnya yang haram (tidak selari dengan kehendak syariah). (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas Al-Baz) B. Modal dan keuntungan asal yang didapati syarikat induk kepada bank Islam bukan semuanya berasal daripada perniagaan haram. Sebahagiannya daripada individu dan organisasi kerajaan dan swasta.

Jika dilihat di sisi syariah, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama, yang mana majoriti ulama mazhab Hanafi, Ibn Qasim daripada mazhab Maliki, mazhab Hambali dan Ibn Taimiyah menetapkan harus melakukan transaksi dengan pemilik modal yang bercampur antara halal dan haram, dengan syarat majoriti modal itu datang daripada sumber halal.

Imam Ibn Nujaim pula berkata: “Apabila majoriti daripada jumlah modal atau pendapatan halal, tidak menjadi masalah untuk menerima hadiah dan makan hidangan mereka selama tiada tanda yang jelas menunjukkan ia haram.
“Bagaimanapun, jika majoriti modal atau pendapatannya haram, tidak dapat diterima hadiah dan makanan kecuali selepas disahkan kebersihannya (halal).” (Rujuk Ibn Nujaim, Asybah wa An Nazair) Imam Ibn Qaddamah pula berkata: “Jika anda tahu (atau diberitahu oleh orang yang bercampur pendapatannya) bahawa sesuatu komoditi, barang atau makanan itu daripada sumber/modal halal, maka ia halal.” (Al-Mughni) Selain itu, ulama terkenal seperti Imam As-Syawkani dan Al-Muhasibi pula berpendapat ‘dibenarkan secara total’ untuk bertransaksi dengan pemilik kepada pendapatan yang bercampur antara halal dan haram, sama ada bahagian halal dalam modal berkenaan majoriti atau minoriti. (Rujuk As-Saylur Jarar, 3/19; Al-Makasib wa al-Rizq al-Halal) Dalil mereka banyak, antaranya (rujuk as-Saylul Al-Jarar, As-Syawkani, 3/19): 1. Rasulullah SAW melakukan urusan (jual beli) dengan sahabatnya daripada kalangan penduduk Makkah sebelum Hijrah, malah juga dengan sebahagian puak kafir. Tidak pernah didengari sebarang tegahan daripada Rasulullah SAW untuk berurusan dengan mereka, padahal kebanyakan harta mereka daripada sumber haram.

2. Rasulullah SAW pernah berurusan kewangan dengan rombongan ke Madinah daripada kalangan Arab Badwi yang syirik ketika itu. Sudah tentu harta mereka dipenuhi segala jenis hasil zalim dan haram.
3. Ketika Rasulullah SAW berhijrah, baginda berurusan dengan orang Yahudi daripada kalangan penduduk Madinah dan Arab Badwi yang menghalalkan perkara haram di dalam Islam. Jika berurusan dengan mereka haram, tentu baginda akan menegah daripada awal lagi.

4. Taqir (pengakuan) Rasulullah SAW dengan membiarkan sahabat berurusan kewangan dengan kelompok orang zalim juga adalah satu dalil.

5. Jika Islam membenarkan berurusan dengan kafir yang bercampur haram dan halal hartanya, tentu Islam juga membenarkan urusan kewangan dengan Muslim yang bercampur hartanya.

6. Sahabat Rasulullah SAW juga berurusan dengan perompak Madinah pada zaman Yazid Bin Muawiyah, tiada di kalangan mereka yang mengharamkan. (Ihya Ulumuddin, Al-Ghazzali) 7. Jika muamalah seperti ini dihalang, tentu keadaan sukar akan berlaku kerana pada akhir zaman seperti sekarang, sememangnya sukar mencari sesebuah syarikat yang 100 peratus halal pendapatannya. (Ahkam al-Mal Al-Haram, Dr Abbas) Berikutan itu, adalah tidak benar untuk mengklasifikasikan keseluruhan modal bank konvensional sebagai haram dan tidak boleh digunakan sebagai modal permulaan bank Islam dan syarikat Takaful.

Tidak dinafikan, menjadi keperluan besar bagi pihak bank untuk memastikan hanya bahagian halal digunakan dan diasingkan khas untuk penubuhan bank Islam, Takaful atau bahagian perbankan Islamnya.

Bagaimanapun, jika masih ada sebahagian kecil atau minoriti modal yang haram daripada jumlah keseluruhan modal digunakan sebagai modal permulaan bagi bank Islam, saya berpendapat ia boleh dianggap sebagai Qard Hasan (pinjaman tanpa faedah) daripada syarikat induk konvensional kepada anak syarikatnya.

Berikutan itu, bank Islam boleh membersihkan modal yang diragui tadi dengan membayar balik pinjaman itu, selain menggunakan sebahagian keuntungannya untuk didermakan.

Thursday, May 12, 2011

Beza Insuran Konvensional & Takaful : Sudut Hukum


Perbezaan Insuran
Konvensional & Takaful
Oleh
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.
Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-
  • a) Tabarru' dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru
Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )
1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.
2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).
Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-
KonvensionalTakaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankanKontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuranPeserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan ShariahAset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh 
tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.
Demikian penerangan ringkas saya.
Ust Zaharuddin Abd Rahman