Thursday, May 26, 2011

CEO Takaful Ikhlas Terima Anugerah

LUMPUR, 25 Mei (Bernama)-- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman telah dianugerahi Anugerah Perindustrian Merit bagi sektor insurans oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Datuk Seri Sharizat Jalil pada satu majlis baru-baru ini.

Syed Moheeb, yang terlibat di dalam industri insurans dan Takaful selama 36 tahun telah menerajui beberapa syarikat insurans tempatan dan pelbagai negara, kata Takaful Ikhlas dalam satu kenyataan Rabu.

"Anugerah ini adalah hasil kerja keras dan sokongan dari semua pihak dan akan menjadi pemangkin bagi kejayaan kami pada masa depan," katanya.

Takaful Ikhlas adalah anak syarikat MNRB Holdings Berhad, satu syarikat pegangan pelaburan. Syarikat itu kini telah beroperasi selama lapan tahun, sejak Julai 2003.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment