Saturday, July 16, 2011

Fikir2 kan lah duhai teman.. BuAt DeWaSa Yg MuDa


Dalam siri artikel ini, kita akan mengharungi perjalanan hidup Alisa dan lihat bagaimana Alisa mengamalkan prinsip-prinsip yang dipupuk oleh kedua-dua ibu-bapanya di zaman kanak-kanaknya. Seperti mana yang ditekankan sebelum ini, salah satu daripada pengukur untuk mengetahui sama ada ibu bapa telah mendidik anak dengan berjaya ialah dengan ”Mendidik anak untuk melakukan amalan-amalan baik  dan apabila dia telah dewasa, dia tidak meninggalkan amalan tersebut”. 

Pengenalan


Alisa kini seorang gadis yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dengan memperoleh ijazah dalam bidang Komunikasi Massa. Berbeza daripada ayahnya, dia tidak bekerja secara sambilan pada cuti semesternya. Sebaliknya, dia membuat kerja sosial secara sukarela dengan memberi tuisyen kepada kanak-kanak orang asli, melawat rumah warga tua dan anak yatim dan juga terlibat dalam beberapa kempen pengumpulan dana untuk membantu kaum miskin. Dia betul-betul prihatin tentang orang yang kurang bernasib baik dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukannya. Sebagai mahasiswi, dia mungkin tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk derma tetapi dia sedia meluangkan masa lapangnya untuk berkongsi dan melakukan kerja-kerja amalan yang baik.

Takaful IKHLAS terima anugerah terbaik

Utusan Malaysia, 1 Mar 2011



Takaful IKHLAS Bantu Baikpulih Masjid Pinangah

KINABATANGAN, 12 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) Sabtu lalu telah memberi sumbangan RM20,000 untuk baikpulih Masjid Pinangah di Kinabatangan, Sabah.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan turut disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

"Majlis ini diadakan bersempena kunjungan Takaful IKHLAS ke Sabah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kami mendekati rakyat di negeri ini yang banyak menyokong syarikat kami," kata Syed Moheeb dalam satu kenyataan.

"Pada kesempatan sesi kunjungan yang singkat ini, kami terpanggil untuk menjalankan program membaikpulih Masjid Pinangah yang ternyata pada hemat kami, memerlukan sedikit penambahbaikan untuk kemudahan penduduk sekitar," tambah Syed Moheeb.

BERNAMA, 12 Jul 2011

Sukarelawan Takaful IKHLAS mantapkan pasukan


Penilaian adalah kunci bagi sukarelawan sebelum bantuan disalurkan kepada mangsa bencana alam dalam atau luar Negara supaya tidak timbul salah faham dan kesukaran.

Pengurus Pengursan Bencana Alam Bulan Sabit Merah Malaysia, Nasir Khan Abdul Rahman berkata, berdasarkan pengalamannya selama 39 tahun dalam bidang itu, beliau mendapati  jika penilaian tidak dilakukan sebaik mungkin  pelbagai masalah timbul.

Pendekatan Perniagaan

Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnye bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakn dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Dato' Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.


Kami komited dalam membantu para pelanggan kami secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana kami ingin meyakinkan mereka bahawa usaha kami untuk membari "ketenangan fikiran" bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting, kami IKHLAS.