Saturday, July 16, 2011

Takaful IKHLAS Bantu Baikpulih Masjid Pinangah

KINABATANGAN, 12 Julai (Bernama) -- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) Sabtu lalu telah memberi sumbangan RM20,000 untuk baikpulih Masjid Pinangah di Kinabatangan, Sabah.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan turut disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS Datuk Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

"Majlis ini diadakan bersempena kunjungan Takaful IKHLAS ke Sabah sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kami mendekati rakyat di negeri ini yang banyak menyokong syarikat kami," kata Syed Moheeb dalam satu kenyataan.

"Pada kesempatan sesi kunjungan yang singkat ini, kami terpanggil untuk menjalankan program membaikpulih Masjid Pinangah yang ternyata pada hemat kami, memerlukan sedikit penambahbaikan untuk kemudahan penduduk sekitar," tambah Syed Moheeb.

BERNAMA, 12 Jul 2011

No comments:

Post a Comment