Saturday, July 16, 2011

Pendekatan Perniagaan

Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnye bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakn dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Dato' Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.


Kami komited dalam membantu para pelanggan kami secara cekap dan berkesan khususnya apabila melibatkan soal tuntutan dan pampasan. Ini adalah kerana kami ingin meyakinkan mereka bahawa usaha kami untuk membari "ketenangan fikiran" bukan sekadar slogan semata-mata, tetapi satu realiti. Apa yang lebih penting, kami IKHLAS.

No comments:

Post a Comment