Saturday, July 16, 2011

Sukarelawan Takaful IKHLAS mantapkan pasukan


Penilaian adalah kunci bagi sukarelawan sebelum bantuan disalurkan kepada mangsa bencana alam dalam atau luar Negara supaya tidak timbul salah faham dan kesukaran.

Pengurus Pengursan Bencana Alam Bulan Sabit Merah Malaysia, Nasir Khan Abdul Rahman berkata, berdasarkan pengalamannya selama 39 tahun dalam bidang itu, beliau mendapati  jika penilaian tidak dilakukan sebaik mungkin  pelbagai masalah timbul.
Pernilaian dilakukan supaya sukarelawan mengetahui kuantiti diperlukan,kuantiti barang dan cara penyampaian barang kepada mangsa dengan betul supaya tiada yang tertinggal untuk  menerimanya selain menghormati budaya mereka.
“ Sebagai  contoh, jika  kita menghantar bantuan kepada Negara Pakistan,mungkin barang yang kita bawa itu bukan keperluan mereka dan ia  boleh menimbulkan persepdi lain malah mangsa mungkin merasakan ia seperti satu penghinaan buat mereka.”  Katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Program Latihan Bencana Alam Sukarelawan IKHLAS di Lembah Azwen di sini, baru-baru ini.
Katanya selain penilaian sewajarnya, perancangan rapi juga perlu dilakukan dan sukarelawan perlu mengetahui keperluan yang sedia ada atau yang diperlukan untuk menghadapi bencana berkenaan.
Sukarelawn perlu peka dangan bencana alam yang berlaku itu.Justeru latihan dan kemahiran perlu ada pada setiap individu yang ditugaskan,”katanya yang turut  memuji, insiatif Sukarelawan Takaful IKHLAS menyertai program latihan berkenaan yang diadakan selama tiga hari.Dan dalam masa tiga hari mereka sudah mendapat gambaran serta pengetahuan asa untuk mengendalikan bantuan yang ingin disampaikan.
Sinar Harian 6 Jul 2010

No comments:

Post a Comment