Friday, September 21, 2012

IKHLAS SAVINGS TAKAFUL PLUS


Capai Impian Anda – Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anda mencapai impian dan cita-cita. Ikhlas Saving Takaful Plus merupakan pelan pelaburan yang menyediakan dana simpanan yang membantu anda menyimpan secara sistematik untuk mengoptimumkan kadar pulangan pelaburan anda secara selamat.

Realisasikan impian dan capai cita-cita anda kerana anda tahu, walau apa pun terjadi, simpanan anda untuk mereka yang tersayang terjamin.
Apakah Yang Dilindungi Oleh IKHLAS Savings Takaful Plus?
Pelan ini menggunakan dua (2) elemen utama yang mana kedua-duanya akan menepati dan memenuhi keperluan di bawah IKHLAS SAVINGS TAKAFUL Plus:
·         Tahap perlindungan bertempoh
·         Akaun Pelaburan


IKHLAS SAVINGS TAKAFUL PLUS memberi perlindungan ke atas manfaat-manfaat berikut :
MANFAAT KEMATIAN & HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH
Pelan ini akan memberi perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya menyeluruh dan kekal terhadap peserta sebelum tempoh matang sijil. Jumlah perlindungan termasuk jumlah sumbangan terkumpul di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) akan dibayar kepada peserta, waris peserta atau keluarga terdekat.
Nota : Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa.
MANFAAT TEMPOH MATANG
Apabila sijil mencapai tempoh matang, peserta akan menerima pembayaran sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni.
JUMLAH SUMBANGAN
Jumlah sumbangan adalah fleksibel bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil.
Mengapa IKHLAS Saving Takaful Plus?
PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG TUNAI
Pengeluaran boleh dilakukan daripada Akaun Pelaburan Peribadi setelah sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum selama lima (5) tahun. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan dibuat sepanjang tempoh sijil, dengan jarak minimum di antara pengeluaran ialah dua (2) tahun. Yuran pengeluaran sebanyak RM15.00 akan dikenakan ke atas Akaun Pelaburan Peribadi bagi setiap pengeluaran.
PENAMBAHAN KADAR SUMBANGAN
Sumbangan boleh ditambah pada hari pertama sijil berkuatkuasa. Jumlah penambahan minimum adalah sebanyak RM50.00 di mana jumlah ini akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun Pelaburan Peribadi peserta.
PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK
Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada para peserta (sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya).
RIDER TAMBAHAN YANG BOLEH SERTAKAN DENGAN PELAN
Peserta boleh membuat pilihan untuk menambah mana-mana rider kepada sijil asas. Untuk rider tambahan sila rujuk Manafaat Perlindungan dibawah;

No comments:

Post a Comment