Friday, September 21, 2012

Takaful Ikhlas

Perancangan perlindungan kewangan meliputi
1.Perlindungan pendapatan
Sumber utama kewangan kita adalah melalui pekerjaan. Melalui aktiviti ini kita akan mendapat pendapatan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Tempoh bekerja yang panjang (mengikut kiraan bermula 23 tahun hingga 55 tahun), seseorang tidak akan lari daripada risiko yang tidak diingini seperti kematian atau hilang upaya kekal yang menyebabkan kita gagal untuk aktif bekerja.
 
2.Persiapan persaraan
Selepas melalui tempoh lebih 30 tahun bekerja (malah lebih lagi pada individu tertentu), kita semua memerlukan dana untuk menjalani kehidupan sebagai warga emas pula. Jangka hayat di Malaysia dalam anggaran umur 75 tahun. Oleh yang demikian, apa akan terjadi jika anda tidak menyediakan tabung persaraan 30 tahun akan datang. Mengikut statistik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, hampir kebanyakan semua pencarum menghabiskan semua wang carumannya dalam tempoh masa 2 tahun sahaja.
 
3.Tabung kecemasan penyakit kritikal
Pada zaman yang serba moden ini penyakit-penyakit yang melanda bukan lagihak milikwarga yang sudah berumur. Pencemaran, corak pemakanan, kurang aktiviti senaman dan gaya hidup yang tidak sihat menyumbang kepada wujudnya penyakit pada usia yang muda. Simpanan yang kita simpan selama ini akan menjadi sia-sia jika terpaksa digunakan untuk merawat penyakit. Di saat ini anda memerlukan tabung kecemasan merawat kos penyakit.


4.Tabungan pendidikan anak
Sudah menjadi tanggungjawab kepada semua ibubapa untuk menyediakan dana kewangan yang mencukupi tatkala anak bakal menjejaki langkah ke menara gading. Bukan sahaja kos rawatan yang semakin meningkat hari demi hari, malah kos pendidikan bergerak seiring dengan kenaikan taraf hidup. Persiapan pada saat-saat terakhir adalah tidak digalakkan. Menyimpanlah pada ketika saat bayi itu dilahirkan kerana anda mempunya masa yang panjang untuk menyimpan dengan jumlah yang sedikit pada setiap bulan.
 Oleh itu, sebagai persiapan kepada risiko yang tidak dijangka, produk Ikhlas Savings Takaful dapat membantu mengurangkan bebanan tangunggan kewangan yang tidak dijangka. Kita semua tidak boleh lari daripada risiko kerana sepanjang hari kita semua menghadapi risiko. Tetapi bagaimana kita mengurangkan risiko….?, tindakan ada di tangan anda..



 IKHLAS SAVINGS TAKAFUL
Pelan ini menyediakan pakej yang lengkap dalam merancang perlindungan kewangan anda. Anda tidak perlu gusar kerana kami telah menyediakan pelan yang komprenhensif meliputi tabungan dan perlindungan. Anda hanya perlu membuat bayaran secara bulanan / suku tahunan / setengah tahun / tahunan, pelbagai manfaat dan kelebihan di sediakan untuk anda. Berikut adalah kelebihan yang di sediakan :Manfaat asas :
Bantuan kewangan yang akan membantu kepada waris peserta sekiranya berlaku kematian atau bantuan kepada peserta itu sendiri jika hilang upaya kekal yang menyeluruh. Pampasan diberikan dalam bentuk hibah kepada waris terdekat sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan atau sakit.
 Manfaat Rawatan Hospital dan Perubatan
Kad perubatan yang membantu peserta untuk kemasukan ke hospital untuk menjalani rawatan. Bagi rawatan di hospital bukan panel, contoh : hospital kerajaan, tuntutan boleh dibuat selepas selesai menjalani rawatan.
*Perhatian : Untuk manfaat ini peserta perlu membayar sumbangan dengan bayaran tahunan.
 Manfaat kemalangan :
Bantuan kewangan sekiranya peserta yang menyertai pelan takaful mengalami kemalangan yang mengakibatkan kematian, hilang upaya kekal yang menyeluruh atau hilang upaya kekal yang separa yang diberikan dalam bentuk peratusan.
 Manfaat penyakit kritikal :
Bantuan kewangan yang diberikan kepada peserta yang disahkan oleh doktor mengidap 40 jenis penyakit kritikal. Penyakit yang telah wujud sebelum menyertai pelan takaful ini tidak dilindungi. Perlindungan ini berkuatkuasa selepas 60 hari disahkan untuk menyertai pelan takaful.
 Manfaat bertempoh :
Manfaat ini sama seperti manfaat asas yang menyediakan perlindungan kewangan akibat 2 musibah utama iaitu kematian dan hilang upaya kekal yang menyeluruh. Perlindungan ini digunakan kepada sesiapa ingin meninggikan perlindungan dengan bayaran yang rendah.
 Manfaat khairat kematian :
Bantuan khairat segera diberikan kepada waris peserta yang mengalami kematian walau apa pun sebab yang berlaku. Bantuan khairat ini akan diberikan dalam tempoh kurang 24 jam semasa waktu operasi perniagaan.
 Manfaat Elaun Hospital :
Elaun harian diberikan kepada peserta yang diwadkan kedalam hospital disebabkan kemalangan atau sakit. Tempoh selama minimum 6 jam dikira 1 hari elaun. Tuntutan ini tidak mengira hospital kerajaan atau swasta.
 Manfaat “Waiver of Contribution” :
Kesinabungan daripada manfaat penyakit kritikal. Peserta yang telah disahkan oleh doktor mengidap penyakit kritikal, bayaran sumbangan takaful tidak perlu dibayar lagi. Sumbangan untuk seterusnya akan di sambung oleh Pengendali Takaful hingga sijil matang.
 ManfaatPayor Savings” :
Pelan ini khas kepada pambayar iaitu : ibu / bapa / penjaga yang membayar untuk pelan kanak-kanak. Sekiranya pembayar mengalami kematian / hilang upaya kekal / penyakit kritikal, bayaran sumbangan takaful tidak perlu dibayar lagi. Sumbangan untuk seterusnya akan di sambung oleh Pengendali Takaful hingga sijil matang.
 ManfaatFamilyIncome :
Peserta yang mengalami kematian atau hilang upaya kekal yang menyeluruh akan di berikan elaun tahunan sehingga tempoh sijil tamat. Bayaran elaun minima RM1200 sehingga mencapai maksima RM60000 setahun.
 Manfat Simpanan :
Pelan ini juga menyediakan simpanan yang boleh dibuat pengeluaran selepas 5 tahun penyertaan dengan pengeluaran maksima 30%. Hanya 3 kali pengeluaran dibenarkan semasa sijil berkuatkuasa dan mesti ada jarak 2 tahun untuk pengeluaran pertama dan kedua. Sekiranya tiada berlaku tuntutan manfaat asas, simpanan beserta keuntungan akan dipulangkan apabila tempoh sijil tamat.
 Lain-lain Manfaat :
1.Pengecualian cukai sebanyak RM6000 bagi pelan dewasa dan RM3000 bagi pelan kanak-kanak campur Takaful Perubatan. Jumlah pengecualian ini adalah untuk tempoh setahun.2.Sistem Borang Cadangan Hibah khas kepada muslim yang menyertai pelan ini. Melalui sistem ini, sekiranya berlaku kematian kepada peserta, jumlah manfaat yang akan diberikan mengikut peratusan tertentu kepada waris yang terdekat. Peratusan ini ditentukan oleh peserta semasa hidup.3.Penggunaan Top-Up; disebalik bayaran yang perlu dibayar pada tempoh tertentu, peserta boleh menyimpan simpanan tambahan jika mempunyai lebihan dalam perbelanjaan. Ini selalu digunakan untuk pelan pendidikan dimana pembayar ingin meningkatkan jumlah simpanan apabila sijil tamat tempoh kelak.Sila ambil perhatian penerangan ini bukan merupakan sebuah kontrak. Sila rujuk kontrak asal untuk butiran penuh. Untuk mendapatkan maklumat lanjut SILA KLIK DISINI . Krew kami akan menghubungi anda untuk bantuan secepat mungkin. 


Senarai Penyakit Kritikal
1.Angin
Ahmar (Strok)
2.Serangan
Sakit Jantung
3.Penyakit
Koronari Arteri Memerlukan Pembedahan
4.Lain-lain
Penyakit Koronari Arteri Serius
5.Atherectomy
Koronari
6.Penggantian
Injap Jantung
7.Pembedahan Aorta
8.Koma
9.Tekanan
Darah Tinggi Arteri Pulmonari Primer
10.Ketumbuhan
Benigna Otak
11.Radang
Otak (Encephalitis)
12.Meningitis
Bakteria
13.Kerosakan
Buah Pinggang
14.Penyakit
Sista Medulla
15.Lupus
Erythematosus Menyeluruh (SLE) dengan Lupus Nephritis
16.Penyakit
Hati Kronik
17.Radang Virus
Hati Fulminant
18.Penyakit
Paru-Paru Kronik
19.Pemindahan Organ
Utama
20.Kanser
21.Anemia
Aplastik
22.Penyakit Motor Neuron
23.Penyakit Parkinson
24.Penyakit Alzheimer / Irreversible Organic Degenerative Disorder
25.Sindrom
Apallic
26.Muscular Dystrophy
27.Multiple Sclerosis
28.Poliomyelitis
29.AIDS
Akibat Pemindahan Darah
30.Hilang
Upaya Penglihatan
31.Penyakit Terminal
32.Kelecuran
Teruk
33.Hilang
Upaya Pertuturan
34.Hilang
Upaya Pendengaran





No comments:

Post a Comment